Tanggal 31 ogos 2007, 16 orang bekas pelajar sesma batch25 telah berjaya mengadakan reunion di Pantai Port Dickson. Reunion yang berjalan selama 2hari 1malam itu telah dijalankan dengan jayanya walaupun berlaku sedikit masalah-masalah kecil yang tak dapat dielakkan. Antara x-sesmarian yang menjayakan reunion ini adalah Ikhwan, Jazila, Hakimin, Hazrul, Fahmi, Shahir, Hafiz Helmi, Azri, Asmawi, Fakhrul Hafiz, Siti Mariam, Aimifera, Amalina, Naim, dan Amani. Ataupun dengan nama glamour dan lebih dikenali ramai iaitu Emon, Mat La, Kimin, Gero, Pahmi, Bokok, Jebon, Jeri, Mawi, Peeg, Ct, Pera, Eina, Naim, dan Noni.
Aktiviti yang dilakukan di Pantai Port Dickson adalah bermandi-manda dan bermain air. Selain itu, ada yang bermain kayak dan bermain-main dengan pelampong tayar yang tersangatlah comel. Ada juga yang bermain pasir pantai sahaja. Mereka membina istana pasir yang tak begitu menjadi istana nya. Ada pula dari kami yang membina tugu penyu di tepi pantai Port Dickson itu sebagai tanda peringatan yang kami orang-orang dari Terengganu pernah melawat ke pantai Port Dickson.
Aktiviti kemuncak reunion itu adalah aktiviti BBQ. Semua orang tidak sabar-sabar untuk menikmati ayam, sotong, ikan dan sausage bakar pada malam itu. Besertakan nasi dan air sirap, semua orang menikmati juadah yang begitu menyelerakan sambil berborak-boarak mengenai kenangan ketika menjadi pelajar Sesma dahulu dan juga perkembangan terbaru rakan-rakan seperjuangan.
Borak punya borak hinggalah ke pagi. Kami pun melelapkan mata seketika sebelum bangun untuk solat subuh. Esok nya, kami pun bersiap untuk untuk pulang ke tempat masing-masing. Alhamdulillah segala-gala nya berjalan dengan lancar.
Sekian, karangan pendek saya yang bertajuk "Reunion di Pantai Port Dickson".

No comments:
Post a Comment