Seperti me n syida plan, setiap minggu kitaorang akan try menu-menu yang ada dalam buku masakan yang syida beli. So, minggu ni, menu yang terpilih adalah menu masakan melayu iaitu "Asam Laksa". So, awal-awal pagi tadi, me n syida ke pasar beli ape-ape yang patut untuk masak asam laksa ni. Memang best la pergi pasar pagi-pagi sebab semua barang-barang fresh. Bila tengok ikan, ayam, udang, ketam dan sayur-sayur segar, rasa cam nak borong semua. Hahaha. Tapi niat je la, tak beli pun. Kalau beli, mana nak simpan. Huhuhu. So, kitaorang beli apa yang patut je lah. Bila dah semua barang-barang untuk memasak dah ada, apa lagi, kitaorang pun memulakan aktiviti memasak asam laksa. Sambil memasak sempat lagi kitaorang ber'web cam' dengan cyat yang ade kat New Zealand. Hahaha. Kasi die jeles tengok kitaorang masak. Haha. Bila dah semua barang-barang dicampur dan dimasak, bau memang best. Mengancam. Hahaha. Dah selesai memasak, kitaorang pun hidang dan menjamu selera sama-sama dengan housemate yang lain. Makan ramai-ramai memang happening dan yang penting memang mengenyangkan. So kat bawah ni, gambar hasil masakan kitaorang, asam laksa reeny n syida.

p/s: Syida, lepas ni boleh la bukak gerai meniaga jual asam laksa. Hahaha.
"Cooking is at once child's play and adult joy. And cooking done with care is an act of love."
whisper of d'Heart,