October 26, 2011

Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah kerana Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita. Cintai dia dalam diam. Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.


"Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
[Adz Dzariyat : 49]

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.



"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. 
Dan suatu jalan yang buruk."
[Al Israa' : 32]

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang. Allah mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya. Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu. 

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-Nya. Bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus. Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian, kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan dan mungkin membawa kelalaian hati yang terjaga. Cukup cintai dengan kesederhanaan. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan dan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan. Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al Baqarah : 216]

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai. Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi. Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali. Dia menunaikan dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." 
[Umar Bin Khattab ra]

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
[HR. Al-Hakim]

whisper of d'Heart,

No comments: