August 2, 2011

Niat & Doa (II)

 Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...
Ya Allah
Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...
dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...
kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...
bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...
Ya Allah
Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...
kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...
kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...
kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...
kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...
Ya Allah
Aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...
hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....
Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar

Amin...


whisper of d'Heart,

No comments: