Reunion Sesmarian Batch25
Pak Itam Inn, Cherating
2-4 April 2010
.aimifera(pera).nazrun nizam(aaron).zulfikri syafiq(atuq).fakhrul hafiz(pijie).
.maslan(sele).Reeny(ninie).nurul hashimah(cmah).nurul fadiah(fady).
.haisa hafiz(hesa).andika aminida(andika).ahmad faiq(gojoe).azim(ajim).
.hanis izani(anih).redzuan qusyairi(duer).azali(jali).nurul naim(naim).
.ain fatiha(ain).nor jannah(jan).siti mariam(ct).zurina(zue).norafizah(pjah).
.hayaty(yaty).azri saifuddin(jeri).mohd fahmi(pahmi).syahrul ehsan(obey).
Day One
Hari first kitaorang sampai, memang xplan ape-ape aktiviti pun. Sebab baru je sampai dan masih penat. Kitaorang nak simpan tenaga untuk aktiviti party BBQ sebelah malam. So, untuk mengisi masa lapang petang tu, most of geng-geng laki turun mandi laut dan geng-geng gurls plak posing bergambar tepi pantai. Ade yang dah lama tak jumpa so time ni la start citer-citer pasal kehidupan masing-masing.Malam tu ape lagi, aktiviti BBQ la. Semua makanan dah siap disediakan oleh chef kitaorang, pn. Pjah. Cuma tinggal yang nak dibakar je. Huhuhu. Memang semua makanan best. Ada ayam, ikan, sotong, udang, sosej, bihun goreng, nasi goreng, air asam, keropok, makanan ringan, air sunquick + air botol and macam-macam lagi la. Memang kenyang yang teramat sangat. Yang syok nye, malam tu membakar sambil dengar alunan petikan gitar dari atuq n d geng. Huhuhu. Lepas dah siap bakar, kitaorang makan ramai-ramai sambil berborak. Macam-macam citer ade. Ade yang citer pasal kerja, ade yang bergosip, ade yang share pasal kehidupan lepas kahwin (huhuhu), ader yang citer pasal kenangan-kenangan time skolah dulu and macam-macam la. Memang gamat la malam tu dengan suara-suara kitaorang.
Day Two
Hari kedua memang happening. Awal-awal pagi lepas solat subuh, kitaorang gerak ke tepi pantai sebab nak tengok sunrise. 2 orang photographer (en Ajim n en Pijie) dah bersiap dengan gurlfrend (camera) masing-masing sebab nak ambik gambar sunrise. Lepas dah siap bergambar dengan pemandangan yang memang cantik tu, kitaorang pon bersemangat tolong cik Cmah prepare untuk aktiviti sukaneka. So, lepas dah siap semua, kitaorang balik bilik bersiap and mengadap breakfast (nasi lemak n air teh) yang memang sedap. Lepas dah siap makan, kitaorang pon berkumpul untuk aktiviti sukaneka. Memang best yang teramat sangat. Dah lama tak buat aktiviti kanak-kanak macam ni. Antara aktiviti yang dijalankan adalah makan buah epal gantung, cari gula-gula dalam tepung, perang baling tepung, cari puzzle, main bola beracun dan aktiviti bergambar. Memang happening sangat-sangat.
Lepas dah kepenatan bersukaneka, kitaorang lepak-lepak berborak sambil tunggu makanan lunch. Petang tu, kitaorang berkumpul ramai-ramai and ambik gambar kat tepi pantai dengan banner untuk kenangan reunion kali ni. Kemudian bergerak ke rumah Pn Pjah untuk aktiviti melepak. Hahaha. Pjah siap masak bihun sup and kek coklat lagi. Memang sedap la. Untung Syeth dapat isteri macam pjah. Huhuhu. Lame jugak la kitaorang lepak kat sana. Aktiviti biasa, berborak dan bergambar. Huhu. Lepas tu, kitaorang pun mintak diri sebab nak balik bersiap nak gi tengok bola (ManU vs Chelsea). Petang tu sempat lagi kitaorang lepak and mandi pantai before bersiap untuk keluar. So, malam tu kitaorang gi tengok bola kat kedai sambil makan malam. Sedikit terkilan sebab ManU kalah tapi bukan apa pun, saje je kasi "can" kat chelsea menang. Huhuhu. Dah alang-alang ke arah Kuantan, lepas abis tengok bola, kitaorang pun bergerak ke Midvalley untuk aktiviti seterusnya, main bowling and tengok wayang. Walaupun masing-masing dah mengantuk dan kepenatan tapi semua tu tak penting sebab kitaorang enjoy dengan aktiviti malam tu yang memang happening. Sebelum balik, kitaorang singgah dulu kedai mamak pekena teh tarik. Huhuhu.
Hari ketiga ni, Subuh lewat sket tapi masih dalam waktu cuma lambat sket je. Hahaha, ye la semalam tidur lambat. Lepas solat Subuh, me, cmah and ain keluar ke pantai. Cmah teringin sangat nak berendam dalam air sebelum balik. Huhu. Sampai kat sane, nampak anih n jali. Diorang lagi awal, siap jogging tepi pantai lagi. So ape lagi, kitaorang pon buat la aktiviti berlima memandangkan yang lain masih enak dibuai mimpi. Aktiviti nye, tanam jali dalam lubang pasir and bergambar ditepi pantai buat kali terakhir. Huhu. Memang best la. Around jam 10 kitaorang semua bersiap untuk check out dan bergerak ke kedai makan untuk breakfast before balik. Selesai breakfast, masing-masing bersiap nak gerak balik. Ade yang balik ke Johor, ade yang balik ke Terengganu, ada yang balik ke Negeri Sembilan, ada yang balik ke Pahang and yang confirm me balik ke Kuala Lumpur. Huhuhu.
Memang reunion kali ni terbaik la. Sebab diisi dengan macam-macam aktiviti yang best. Siap ada banner, guest book and mug lagi. Memang happening. To all my friends yang datang sama2 memeriahkan reunion kali, thanks sangat-sangat. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Lain kali kiter reunion lagi k.


















1 comment:
nice entry...
Post a Comment