Balik cuti raya cina baru-baru ni, family belah aboh ada buat gathering. Saje berkumpul ramai-ramai kat rumah mak ngah. Borak-borak sambil menikmati BBQ. Memang best sangat. Kitaorang ramai-ramai bakar ayam dan ikan. Makanan jangan cakap la, memang banyak. Ada nasi goreng, bihun goreng, sandwish telur, sandwish sardin, salad, puding dan yang best sekali ikan dan ayam BBQ cicah air asam. Memang best. Meriah lagi bila ber'picnic' di bawah bintang-bintang malam. Geng-geng otai bersantai berborak sambil dengar lagu-lagu joget zaman 60-70an kat radio. Geng-geng muda plak duk pakat berjudi. Hahaha. Ish ish ish, itu la sepupu-sepupuku. Tak insaf-insaf. Bila berkumpul je, sure bukak meja judi. Hahaha.. Tak de la berjudi, cuma main daun terup aje. Main nombor. Tapi memang happening. Ni antara gambar-gambar yang sempat di candid oleh sepupu aku. Tak la banyak sangat gambar yang di candid sebab masing-masing sibuk membakar dan menikmati ayam dan ikan BBQ.
Masak aje terus makan patut la bekas tempat isi yang dah siap dibakar tak penuh-penuh. Kesian yang lain tengah menunggu ayam dan ikan bakar.

Aktiviti makan beramai-ramai di bawah sinaran bulan dan bintang.



Geng-geng otai tengah berborak sambil layan lagu joget 60-70an di radio.

Geng-geng muda yang tak insaf-insaf berjudi.


Geng-geng muda yang tak insaf-insaf berjudi.

Memang best dan meriah. Semoga aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
"Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya-keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)." (surah Sad; ayat 43)

No comments:
Post a Comment