Al-Mathurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
Sedikit maklumat mengenai d Author of Al-Mathurat:
Imam Shahid Hasan al-Banna
Imam Hasan Al-Banna born in Egypt (1906-1949). He is the founder of al Ikhwan al-Muslimun (The Muslim Brotherhood) - the largest Islamic Movement of our time. He studied Hadith, Fiqh and other Islamic Sciences under his father Shaykh Abdur Rahman al-Banna and under many other notable scholars. He graduated from Darul Ulum, Cairo and worked for many years as a teacher. Due to his dawah and revival efforts Imam al Banna is considered by many Muslim scholars and thinkers as the mujaddid (reviver) of the 20th Century. He was assassinated and martyred in 1949.
Kelebihan membaca Al-Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
"Semoga sama-sama kita mengamalkan bacaan Al-Mathurat di waktu pagi dan petang"
whisper of d'Heart,
No comments:
Post a Comment