December 14, 2009

Last Weekend

Semalam tidur lambat dan bila tidur pun tak berapa lena sebab hari ni pagi-pagi dah kene jumpa supervisor nak bincang pasal projek. So semalam pulun study mana yang berkaitan. Memang penat sangat. Bukannya sengaja nak study last-last minit ni (walaupun kebiasaannya macam tu). Ni semua gara-gara hujung minggu dipenuhi aktiviti sampai tak cukup masa nak study. Hujung minggu diisi dengan pengalaman yang menarik. Walaupun penat tapi semuanya berbaloi-baloi (cam iklan celcom lak). Aku ke Bentong bersama dengan 2 housemate, Syida dan Fai.

Syida ajak ke Bentong sebab kawan dia nak kahwin. Lagipun Syida ni sebenarnya dah ditugaskan untuk menyiapkan hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki. Memang la dah sebulan Syida ni sibuk menyiapkan hantaran dan rumah sewa kitaorang ni pun dah sebulan dipenuhi dengan barang-barang hantaran. Tapi aku tak la terlibat sangat dalam menyumbangkan tenaga. Teringin nak tolong tapi akhir-akhir ni sangat sibuk menganalisa result microarray. So, cuma bagi komen dan idea mana yang mampu.

Disebabkan hantaran ni menggunakan fresh flowers, Syida terpaksa pergi awal untuk siapkan hantaran kat sana. Syida ajak kitaorang pergi kenduri. Lagipun pihak pengantin ada sewakan bilik untuk Syida siapkan hantaran ni. So, aku pun berminat la nak ikut sebab nak tenangkan fikiran yang tengah kusut dan nak rehatkan badan yang memang dah letih dan lesu ni. Nikmati suasana kampung. Kiranya macam pergi bercuti la.

Tapi bila dah sampai sana, lain plak jadinya. Makin bertambah pening dan penat. Malam pertama datang tu, sempat la menikmati keindahan bintang waktu malam. Memang sangat cantik. Dah lama tak nampak bintang malam kat Kuala Lumpur tu. Siap diiringi bunyi serangga malam. Memang tenang dan romantik habis la. Hahaha. Pastu, esoknya, macam-macam hal yang berlaku. Fresh flowers untuk hantaran tak cukup so kitaorang pun terpaksa ke "Petaling Street" untuk beli tambahan fresh flowers. Ni first time menjejakkan kaki kat area "petaling street" ni. Banyak jugak kedai-kedai yang menarik kat situ. Memang happening.

Dan yang menariknya, aku sama-sama tolong siapkan hantaran terutamanya hari kenduri. Walaupun tak banyak yang disumbangkan tapi penat tu terasa sebab kitaorang rushing nak siapkan hantaran. Ye la, rombongan pengantin lelaki dah nak sampai, hantaran masih belum siap. Hahaha. Sian Syida, cuak gak dia. Tapi semuanya settle. Kitaorang pun tak percaya hantaran tu dapat disiapkan. Hahaha. Part yang paling aku suka adalah time nak gubah bunga tangan untuk majlis persandingan. Bunga tangan yang terhasil memang sweet sangat.



Banyak pengalaman yang baru aku dapat. Memang best dan hanya kami bertiga yang berkongsi pengalaman suka, cuak, penat dan lelah selama 2hari 2malam kat sana. Thanks Syida sebab ajak aku pergi dan bagi peluang kat rasa pengalaman yang best ni. At least sekarang ni aku dah pakar buat bunga tangan. Hahaha. Lain kali, kalau perlukan bantuan lagi bagitau la. Best jugak gubah hantaran ni. Hahaha.


Dari kiri : reeny tengah asyik baca buku, fai tengah layan game dan syida tengah cari idea untuk hantaran

p/s : to Syida dan Fai, remember our sweet memories last weekend.

1 comment:

Anonymous said...

anyway thanks so much reeny coz sudi tolong aku ms tu..cuak mmg cuak giler..tapi tak sangka sume ok..haha..i'll remember this precious moment forever..