Hari ni, i'm so confused. Nak kata hari ni besday aku, bukan. Besday aku untuk tahun ni dah lepas. Untuk tahun depan lambat lagi. Tapi tetibe aje aku dapat hadiah hari ni. Hadiah daripada my BFF (best frend forever) merangkap housemate aku. Tengah aku mengadap laptop buat kerja-kerja menganalisa ni, tetibe ade orang ketuk pintu bilik aku. Aku pun pi la bukak. Pastu muncullah SYIDA depan pintu tu. So start la dialog kami di depan pintu tu.
REENY: Yup, kenape?
SYIDA: Farah mane?
REENY: Ntah, die dah gi lab kot. Knape?
SYIDA: Xde ape-ape. Reeny, cuba tengok ni, cantik tak laptop skin ni. (Sambil tunjuk gambar kat dalam handphone die)
REENY: Cantik, knape tetibe ambik gambar nih?
SYIDA: Tak, semalam time gi Sungei Wang, aku nampak, cantik la plak. Cantikkan?
REENY: Aah, cantik.
SYIDA: Ok, tu aje. Hehehe.
REENY: Orait.
Bila SYIDA dah ke ruang tamu, aku tutup pintu bilik dan terus mengadap laptop semula. Tak sampai 2 minit, SYIDA ketuk pintu lagi. Aku pun pi la bukak semula pintu.
REENY: Yup.
SYIDA: Nah, untuk ko. (Sambil menghulurkan laptop skin yang sebijik sama dengan gambar dalam handphone die).
REENY: What??? Ko biar betul Syida.
SYIDA: Ye la. Betul la. Aku bagi kat ko.
REENY: Waaaaaaaaaaaa... Knape tetibe aje ni?
SYIDA: Saje. Sebab cantik. Sure ko suke.
REENY: Waaaaaaaaaaaa... (menjerit kegembiraan).. Suka nye. Thanks Syida. Alamak best nye.
So, hari ni, aku dapat laptop skin yang baru. Cantik. Thanks SYIDA. Ko dah gembirakan aku yang tengah tensen buat kerja. Walaupun tak tau hadiah ni sempena ape, tapi aku suka sangat hadiah nih. Tak sabar aku nak pasangkan skin ni kat laptop aku. Bukan nye skin dulu dah tak elok atau aku dah tak sayang, tapi yang ni lebih bermakna sebab my BFF yang bagi. Thanks again my frend. Luve u always.
Ni antara gambar-gambar yang sempat aku candid. Siap dengan instruction manual lagi. Hehehe. Nanti aku akan upload gambar-gambar bila skin ni dah melekat kat laptop aku. Bertambah cun la laptop aku dengan skin baru ni. Thanks again SYIDA for dis "KULIT LAPTOP". I really appreciate it.
2 comments:
tapi mmg ikhlas aku bertanya ttg farah tu..bukan sbb nk cover ek..hehehe..BFF..u r welcome..anggap je tu hadiah convo ko..haha..~syida~
hadiah konvo untuk degree la kan.. untuk master lain la kan... hehehe
Post a Comment