Ada kawan bagitau, "jangan terlalu berharap dan jangan terlalu memberi harapan". Aku tak nafikan kata-kata tu. Kalau kita nak kan sesuatu, jangan kita terlalu berharap untuk mendapatkannya, kerana bimbang akan kecewa. Dan jangan sesekali kita terlalu memberi harapan kerana bimbang tak dapat kita tunaikan.
Tapi realitinya, bila kita menginginkan sesuatu, kita memang terlalu berharap untuk mendapatkannya. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang diingini tanpa memikirkan risikonya. Dan bila tak bertemu dengan kesudahan yang diingini, kecewa menyelubungi diri. Hampa dengan diri sendiri dan yang lebih teruk, putus asa dengan perjuangan diri. Begitu juga keadaannya bila kita terlalu memberi harapan. Kadang-kadang kita memberi harapan yang menggunung pada seseorang. Namun tak dapat kita tunaikan. Bukan niat untuk membebankan, tapi tanpa kita sedari harapan yang kita berikan membebankan pihak lain.
Bukan melihat contoh yang jauh, tapi aku lihat pada diri sendiri. Tak dapat lari dari melakukannya. Perbuatan dan kata-kata aku memberi harapan yang aku sendiri belum pasti dapat tunaikan. Bukan sengaja untuk aku memberi harapan yang tinggi tapi mungkin leka dengan kegembiraan diri sendiri. Tanpa aku sedari, aku dah menyakiti. Memang sukar untuk menjadi insan yang sempurna. Setiap perlakuan mesti ada cacat cela nya. Tapi akan aku cuba untuk ubah diri ini, menjadi insan yang "tak terlalu berharap dan tak terlalu memberi harapan".

2 comments:
sgt mendalam maksud ayat2 ni..i like it..two thumbs..
two thumbs!! wow.. thanks.. bleh jadi ahli falsafah ni. ;P
Post a Comment