December 16, 2009

Hari Bahagia



Mardiah & Rizal
25 Disember 2009
Kemaman, Terengganu



Nik Aida Mastura & Hartono
27 Disember 2009
Marang, Terengganu



Bulan Disember ni, ada 2 orang sahabat baik aku nak naik pelamin. InsyaAllah, dengan izin-Nya, aku akan usaha untuk memenuhi jemputan mereka. Aku gembira bila dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan-kawan. Salah satu sebabnya, aku dapat jumpa kawan-kawan yang datang berkumpul. Macam reunion kecil-kecilan. Dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka. Tapi sebenarnya, sebab yang paling utama yang buat aku gembira bila datang ke majlis perkahwinan ni adalah bila dapat tengok wajah pasangan pengantin yang berseri-seri. Terutama sekali masa majlis akad nikah. Rasa bahagia sangat. Bila tengok kawan-kawan bahagia, aku pun tumpang bahagia.

Tapi yang tak syoknya, timbul soalan-soalan yang aku memang malas nak jawab. Antara soalan-soalannya adalah, "Bila kawan-kawan kahwin, ko mesti datang. Nak ambik berkat ke reeny?". Tak pun, "Reeny, asyik makan nasi minyak orang je, nasi minyak ko bila lagi?". Bila ada yang mengajukan soalan-soalan panas macam tu kat aku, mula la aku blur. Tak tau nak jawab apa. Ikut hati nak aje aku jawab, "Esok aku kahwin, jemput la datang kenduri aku." Hahaha. Tapi aku hanya mampu tersenyum dan jawab " Belum sampai jodoh la".

Aku sendiri pun tak tahu bila masa aku nak tiba. Tapi aku percaya, satu hari nanti, it will be my day. Aku pun tak pasti bila dan dengan siapa tapi insyaAllah, bila dah sampai masa, aku akan duduk atas pelamin aku sendiri. Hehehe. Ntah la, bila difikirkan, aku rase aku masih muda dan masih belum bersedia. Banyak lagi yang aku nak buat dan aku nak capai dalam hidup ini. Tapi kalau dah jodoh sampai esok, tak boleh nak kata apa. Lambat atau cepat, hanya Allah yang menentukan segalanya. Aku hanya mendoakan yang terbaik.


andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.

kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,

dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.



Berbalik pada topik asal, insyaAllah aku akan mewujudkan diri aku di majlis perkahwinan diorang. Semoga Allah permudahkan. So, ada kawan-kawan yang lain nak naik pelamin? Bagitau awal-awal, senang nak apply cuti. Hehehe.

1 comment:

Anonymous said...

positive thinking..i like it..don't be sad anymore k