June 15, 2009

Aktiviti Sesmarian I

Entri kali ni saya nak story kan experience yang memang best giler time bercuti di Pulau Redang pada 30 Mei 2009. Walupun masalah datang bertimpa-timpa namun plan kitaorang untuk bercuti ke Pulau Redang menjadi kenyataan. Pada awal nya, ramai xsesmarian batch kitaorg yang nak join percutian ke Pulau Redang nih. Kire nye nak wat reunion kecil-kecilan la kat sane. Namun di saat-saat akhir, ramai yang menarik diri dengan alasan tersendiri. Walupun bilangan yang join tak begitu menggalakkan (plus aku cume 5orang aje dak sesma yang pergi) namun percutian kami tetap menarik dan memang best sangat-sangat. Sebenarnye kitaorang plan nak ke Pulau Redang nih memang dah lame giler. Alasan nye nak make sure semua orang bleh join. Tapi akhir nye, 5orang nih aje yang bleh join. Tension gak tapi nak buat cammane, yang lain ade hal yang tak dapat dielakkan. Time dapat tau yang ramai tak leh join, kitaorang yang pergi dah sedikit down la sebab cam tak best la sebab tak ramai yang join. Tapi kitaorang bertekad nak pergi jugak dan lupakan problem bilangan orang.

So, aku (tidur rumah ct), ct, nino and mak ct bertolak dari rumah ke Taman Shahbandar seawal 8pagi untuk menaiki feri. On d way, tetibe kak dang call ct, bagitau yang tiket feri dah abis. Adus, masalah kedua plak timbul. Kitaorang mule la cuak. So, mak ct pon dengan pantas nye call ayah ct untuk bagitau problem nih. Nasib baik ayah ct nih ade bot, so kitaorang pon cool la balik. Skang dah tukar plan la, dari naik feri jadi naik bot. Ok gak, aku tak pernah naik bot.. Excited gak.. haha.. Kitaorang pon ke taman Shahbandar untuk berkumpul. Tunggu punya tunggu, sampai la cmah dengan adik die luqman dan obey dengan duer.. Kitaorang pon terus bergerak ke jeti Merang untuk menaiki bot.

Lepas siap parking 3 buah kereta (wira, viva, kancil) kat jeti Merang, kitaorang pon bersemangat la nak naik bot ayah ct. Skali, pakcik zul yang handle bot tu bagitau yang kitaorang kene tunggu lame sket sebab ade masalah. Kes nye, kat atas laut on d way ke pulau redang ade 3 bot polis marin yang meronda. Diorang tetapkan peraturan, satu bot hanya 12 orang aje yang bleh join dengan alasan laut bergelora. So, masalah timbul lagi. Tapi kali ni, masalah die tak la besar mane cume perlu banyak bersabar. So, skali lagi, tunggu punya tunggu, lepas 2jam kat jeti Merang tuh, datang la pakcik zul nih bagitau yang kitaorang bleh naik bot yang memang dah sedia ade kat situ. Bot tu tak ambik penumpang sebab lesen dah mampos.. haha... Kitaorang cuak gak la sebab bimbang nanti kene tahan degan polis marin. Pakcik zul dengan slumber aje bagitau yang skang time rehat. Semua polis marin turun ke darat.. Hahaha, lawak gak sebab aku ingat pakcik2 polis marin nih tak bleh berehat.

So, mula la perjalanan kitaorang ke pulau redang menaiki bot. Bot ni agak besar dan bertutup. aku,ct,cmah,obey,duer ngan luqman duduk kat bahagian bawah, mak ct and nino stay kat atas. Yang lawak nye, kitaorang cam menari dangdut kat dalam bot tu sebab bot bergoyang teruk giler akibat laut bergelora. Ramai gak la yang mabuk and ade jugak yang muntah.. Tapi kitaorang alhamdulillah tak ade yang muntah, cume pening-pening lalat aje. Geng2 laki sume tidur nak kurangkan rase pening. Aku dengan ct cool aje, hehehe tapi kitaorang berdiri sepanjang perjalanan tu sebab bimbang pening kalau duduk. Cmah memang horror giler. Pucat lesu muke cmah. Die mabuk teruk jugak la.



Walaupun semua dalam keadaan kepeningan tapi masih boleh tersenyum dan berposing

Selepas 1jam 30minit kitaorang berpening2 dalam bot, akhirnya alhamdulillah kitaorang selamat menjejakkan kaki di pulau redang. Lega rasenye..

Bergambar waktu baru tibe kat jeti pulau redang walau dalam keadaan masih pening2 lalat


So, petang tu kitaorang pon berangkat dari tempat yang kitaorang sewa , Redang Abadi (memang tempat yang best and harge yang berpatutan) menuju ke pantai. Tak jauh mane pon. Kitaorang jalan kaki dalam 10minit sampai. Aktiviti petang tu, kitaorang cume bergambar and main2 air aje. Nak mandi cam dah lewat petang sangat. Cume obey je la mandi sebab dah tak tahan sangat. Teruja tengok air laut yang memang cantik and best giler. Ikut ati memang nak join same tapi sabar aje la. haha..

Aktiviti bergambar oleh kami ber5 yang cun and macho

Esok nye, pagi-pagi lepas solat subuh, kitaorang bergerak ke pantai. Dah tak sabar nak masuk air nih. Malam tu sampai cmah termimpi-mimpi berenang dalam air, hehehe.. Aktiviti yang kitaorang buat kat pantai tu ape lagi, berenang-renang, menyelam, main kayak dan ambik gambar. Memang best giler. Cam tak nak naik dah. Nak duk dalam air je. Tapi tak leh la, kang jadi ikan duyung plak.. huhuhu

Operasi penerjunan oleh 3 penerjun yang berbakat


Pakatan nak menenggelamkan cmah


Lepas dah separuh hari kitaorang berendam dalam air, kitaorang pon naik danbergerak balik ke tempat penginapan. Lepas tu, kitaorang pon bersiap-siap nak balik. Bot untuk balik ke darat jam 12.30pm. Kitaorang naik bot kepunyaan ayah ct (nama nurul). Memang best sangat pengalaman pertama aku naik bot terbukak. Memang best sangat2. Memang tak leh lupe.


Akhir nye kitaorang sampai kat jeti Merang. Lepas shopping beli sourvenir sket kat situ, kitaorang pon gerak keluar dari jeti Merang dan singgah untuk makan tengahari beramai-ramai. Kemudian kitaorang pon bergerak balik ke rumah masing-masing. Semua tersenyum, walau pun penat tapi memang sangat gembira. BEST GILER..

2 comments:

mary mohd said...

best woo!!! babe ble nk g pulau lagi nih???agak teruja aku..hehehe

Reenza said...

haha.. ape citer pulau tenggong (ye ke ejaan aku nih)??? dah gi survey ke hari tuh?