October 21, 2008

Tangan Ku Berinai


Jangan la buat persepsi awal mengenai gambar yang kat atas tu. Persepsi seperti bertunang? berkahwin? Hahaha. Itu semua belum terjadi lagi. Sebenar nya, saje suka-suki pakai inai nih. Tak ada membawa maksud apa-apa. Ye la, baru-baru nih, masa keluar ke Jalan Tar, tengok banyak booth yang buat tempahan henna. So, aku pun teringin la jugak nak pakai Henna. Nak pakai yang betul-betul, tak tau la bila kan. Hahaha.

Apa lagi, aku pun pakat dengan kawan-kawan aku, Syida n Farah untuk melawat Jalan Tar sekali lagi untuk tujuan buat henna. Hahaha. Plan kitaorang pun berjalan pada 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429. Kitaorang bertiga keluar ke Jalan Tar. Kat sana kitaorang cari la booth yang dimiliki oleh orang islam. Nasib baik jumpa satu yang sesuai dan kawasan booth dia pun ok dan tak ramai orang. Kitaorang pun mula lah sibuk memilih corak yang sesuai untuk diukir di tangan kitaorang. Pilih punya pilih, jumpa la corak pilihan masing-masing.

Lepas selesai, kitaorang pun mula bergerak balik ke fakulti dengan tangan yang berinai tuh. Susah jugak la, kelakar. Ye la, aku buat dua-dua belah tangan so nak bawak barang macam susah sket la. Tapi nasib baik kejap aje inai ni kering. Akhir nya, selepas bersusah payah, berjaya la aku memakai inai. Puas hati aku. Hahaha.

Lepas pakai inai ni, aku terdengar salah seorang kawan aku cakap yang kalau tak salah dia, henna nih telah diharamkan. Aku pun mula la cuak. Ye ke? Sebab tak pernah plak aku dengar. So aku mulalah menyiasat. Dan ini antara yang aku perolehi.

Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak, selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

Hanya warna ‘yang bersifat kekal sahaja’ yang dilarang seperti tatu, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: ‘‘Nabi s.a.w. melarang pembuat tatu dan yang minta ditatukan.’’

Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai, tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang bersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat.

Oleh itu, kepastian telah diperolehi. Lega la aku. Kalu tak, apa la aku nak buat kan. Nasib baik. Tapi mungkin ni kali terakhir aku pakai henna untuk suka-suka. Lepas ni kalau aku pakai sure untuk tujuan tertentu. Hehehe, paham-paham je la. Berangan lagi. Hahaha.

No comments: